Monday, 31 December 2012

Pemimpin VS SPM :-S

assalamualaikum Pictures, Images and Photos



2013 ? Ouh , tak sangka sekejap je masa berlalu ~ pejam celik , pejam celik ,dah nak habis sekolah dahh  . Kita juga bakal memimpin asrama . Menjadi pemimpin kepada junior . Kepada mereka yang bakal dilantik menjadi MKA 2013 , jalankan amanah sebaik-baiknya . Aku yakin korang boleh ! Walau apa pun yang berlaku , hope batch kita menjadi batch yang terbaik mentadbir asrama . inshaaAllah ~ kay , mungkin agak susah nak mentadbir asrama . Tapi percayalah , semua tu peluang untuk korang mencuba . Mungkin dekat tempat lain kita dapat mentadbir dengan lebih baik . Ada hikmah kenapa Allah bagi korang jawatan untuk mentadbir asrama . So , jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab walaupun amanah tu berat untuk korang . Kepada mereka yang tidak dilantik , korang bukan tak layak . Tapi takde rezeki . Mungkin rezeki korang bukan kat SAMT . Mungkin kat tempat lain . Tempat yang lebih mencabar . Jadi , korang perlu sentiasa bersedia . Allah dah aturkan segala-galanya :)

Hmm . Tahun 2013 nie jugak kita bakal menghadapi peperiksaan besar SPM . Peperiksaan yang menentukan masa depan kita semua . Tapi sebelum tu , keputusan SMA menanti kita semua . Semoga kita semua memperoleh Mumtaz dalam SMA 2012 , inshaaAllah ~ ermm . Back to SPM , kita semua akan buktikan yang kita semua boleh . Lawan batch-batch sebelum nie . InshaaAllah kita bakal banggakan warga-warga SAMT . Walaupun kita menjadi pemimpin , tak mustahil untuk kita dapat keputusan yang cemerlang . Mungkin itu cabaran untuk kita semua . Yang pastinya , kita semua bakal menjadi batch yang terbaik , inshaaAllah ~ :D

" Ya Allah , berikanlah kami Batch 96 Resistance dan Voltage dapat buat yang terbaik dalam SPM 2013 serta memperoleh kejayaan yang cemerlang . InshaaAllah ~ "

Apa-apa pun , buktikan yang kita semua boleh ! Yang penting , ingat , Allah sentiasa bersama kita semua . Kay ! Akhir kalam , good luck SPM 2013 . Buat yang terbaik ! Yakin terhadap diri sendiri . InshaaAllah berjaya ~